(Gambar hiasan)
(Gambar hiasan)

Banteras kekurangan guru jadi misi utama KPM sepanjang 2024!

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
31 Dec 2024 02:02pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) begitu memandang serius dengan isu kekurangan guru di seluruh negara sepanjang tahun 2024.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook pada Selasa, kementerian itu memaklumkan bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dalam menangani perkara tersebut.

Menurut KPM, fokus utama adalah untuk meningkatkan

Fokus utama ialah untuk meningkatkan pengisian guru sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara.

Inisiatif Pengambilan Khas Guru Sarawak turut dilaksanakan bagi menangani isu kekurangan guru di negeri tersebut.

(Sumber: KPM)
(Sumber: KPM)

Berikut adalah rangkuman keberhasilan inisiatif menangani isu kekurangan guru yang dilaksanakan secara bersama oleh KPM dan SPP pada tahun 2024:

- Seramai 13,749 guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service (CoS) ditempatkan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

- Pengisian guru sekolah rendah di seluruh negara adalah 97.62 peratus.

- Pengisian guru sekolah menengah di seluruh negara adalah 95.16 peratus.

- Seramai 1,372 orang guru baharu Pengambilan Khas Sarawak telah ditempatkan di negeri tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp