Raja Tan Sri Arshad menyampaikan ucapan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PNB dan Universiti Awam dan Universiti Berkaitan Kerajaan Program Celik Madani di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur. Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Raja Tan Sri Arshad menyampaikan ucapan Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MOU) di antara PNB dan Universiti Awam dan Universiti Berkaitan Kerajaan Program Celik Madani di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur. Foto: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Bantu siswa urus kewangan

ROSKHOIRAH YAHYAROSKHOIRAH YAHYA
25 Feb 2025 09:05am

Pelajar digalakkan untuk terus menyimpan secara konsisten setiap bulan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Amanah Saham Malaysia (ASM).

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, menerusi Program Celik Madani, pelaburan awal sebanyak RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar semasa pendaftaran semester pertama.

Menurutnya, pelaburan ini akan membantu pelajar untuk membuat keputusan kewangan yang bijak demi memastikan masa depan lebih cerah dan selamat.

"Sepanjang tempoh tersebut, pelajar digalakkan untuk menyimpan secara konsisten walaupun dengan jumlah yang kecil untuk mengembangkan simpanan. Tiada pengeluaran dibenarkan sepanjang tempoh tersebut.

"Program Celik Madani adalah kerjasama strategik antara kerajaan, PNB dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta empat buah universiti berkaitan kerajaan (GLU) terpilih.

"Inisiatif ini menyasarkan untuk memanfaatkan satu juta pelajar dalam tempoh lima tahun akan datang dan ia merupakan langkah transformasi membekalkan golongan belia Malaysia dengan ilmu literasi kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Perjanjian Program Celik Madani antara Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan universiti awam dan universiti berkaitan kerajaan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud.

Artikel Berkaitan:

Tambah Raja Tan Sri Arshad, PNB telah menjadi sebahagian agensi penting dalam landskap kewangan negara dan meraih kepercayaan lebih 13 juta rakyat Malaysia.

"Saya berharap para pelajar dapat memanfaatkan inisiatif Celik Madani dan menggunakan peluang ini untuk menambah ilmu tentang pelaburan serta meneroka peluang demi kesejahteraan kewangan pada masa hadapan.

"Kepercayaan ini amat kami hargai," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp