Seorang bapa dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak.
Seorang bapa dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak.

Bapa maut dalam perjalanan ambil anak sekolah di Nilai

10 Dec 2025 10:29am

Seorang bapa dalam perjalanan mengambil anaknya di sekolah maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori tangki di Jalan Perak berhampiran Kawasan Perindustrian Ringan Semarak, Nilai, Negeri Sembilan pada tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Johari Yahya berkata, kejadian berlaku lebih kurang 1 tengah hari membabitkan lori tangki Nissan dan motosikal SYM yang ditunggang mangsa berusia 38 tahun.

Beliau berkata,mangsa yang bekerja sebagai pembantu pustakawan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Semarak menghala ke Kawasan Perindustrian Ringan. Ketika tiba di lokasi kejadian dan sedang membelok ke simpang kanan, motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan lalu melanggar lori berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori lelaki berusia 41 tahun serta kelindan, 47, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat dan kedua-dua kenderaan turut dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Senawang untuk pemeriksaan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang bapa meninggal dalam kemalangan bertembung dengan lori tangki di Nilai
  • Pemandu motosikal bekerja sebagai pembantu pustakawan di USIM
  • Kemalangan berlaku semasa mangsa dalam perjalanan mengambil anak di sekolah
  • Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp