0-Kemaskini-Borang-Permohonan-UPU-Online-1024x576
0-Kemaskini-Borang-Permohonan-UPU-Online-1024x576

Bayaran proses UPUONLINE sesi 2022/2023 dikecualikan

Adlan Farhan Azwan
03 Feb 2022 09:47am
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemohon UPUONLINE bagi sesi akademik 2022/2023 yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) tidak akan dikenakan bayaran proses UPUOnline.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan pengecualian bayaran tersebut dibuat setelah mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Baca juga KPM lanjut pengecualian sewaan kantin – Radzi

Baca juga Undi18: KPT berperanan sediakan mahasiswa matang dalam politik – Noraini

“KPT bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/ Unik ID kepada semua pemohon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM/Setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, Matrikulasi dan Diploma/Setaraf bagi sesi akademik 2022/2023.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPUOnline.

“KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan kemasukan akan dibuka 4 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Sehubungan dengan itu, pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA.

Sebelum ini, bayaran proses UPUOnline akan dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok