Ahmad Atory meninggal dunia pada jam 6.37 pagi tadi.
Ahmad Atory meninggal dunia pada jam 6.37 pagi tadi.

Bekas pensyarah USM, Profesor Dr Ahmad Atory meninggal dunia

30 Sep 2024 04:00pm
A
A
A

Bekas Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pada jam 6.37 pagi tadi.

Berita mengenai pemergian Ahmad Atory dikongsikan anak Allahyarham Nurul Ainun menerusi hantaran di Facebook.

"Dimaklumkan bahawa ayah, Prof Dr Ahmad Atory Hussain telah kembali menemui Penciptanya pada jam 6.37 pagi, 30 September 2024, 26 Rabiulawal 1446, di wad ICU Thomson Hospital Kota Damansara.

"Semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

Ahmad Atory, 73, yang merupakan penganalisis politik terkenal di negara ini telah berkhidmat di USM sebagai pensyarah selama tujuh tahun, iaitu dari 2008 hingga 2015. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok