Satu Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan antaranya untuk menetapkan sasaran dan langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang itu dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Satu Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan antaranya untuk menetapkan sasaran dan langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang itu dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Belanjawan 2024: Bakal tubuhkan Jawatankuasa Khas STEM, tingkat penyertaan pelajar dalam STEM

AZLEENDA SAHALUDIN
13 Oct 2023 06:08pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) telah merekodkan penurunan penyertaan pelajar sekolah menengah atas dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada 40.94 peratus pada tahun 2022 berbanding 45.2 peratus tahun 2017.

Justeru itu, bagi memperkasakan semula STEM, satu Jawatankuasa Khas STEM rentas kementerian akan ditubuhkan antaranya untuk menetapkan sasaran serta langkah bagi meningkatkan penyertaan bidang itu dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menyediakan RM100 juta untuk menyelenggara dan menaik taraf makmal komputer serta menyediakan peralatan baru untuk pembelajaran STEM.

“Wakil industri juga akan terlibat sebagai tenaga pengajar selain turut membekalkan peralatan dalam meningkatkan minat murid terhadap bidang STEM ini,” katanya di Dewan Rakyat sempena pembentangan Bajet Belanjawan 2024.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan akan memperluas pemberian bantuan di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada murid sehingga Tingkatan Tiga berbanding sehingga Tingkatan Satu sebelum ini.

Secara keseluruhannya, satu juta murid akan menerima manfaat dengan peruntukan berjumlah RM150 juta.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok