No Image Caption

Hanya 15.2 peratus pelajar pilih aliran Sains

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
27 Oct 2023 02:16pm
A
A
A

Kekurangan golongan pelajar yang memilih aliran Sains di bangku sekolah menengah kini mencetuskan kerisauan.

Justeru, bagi memastikan masalah tersebut tidak berterusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) telah menganjurkan Persidangan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) bagi memupuk minat mereka.

Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM, Profesor Dr Mohd Khairol Anuar Mohd Ariffin berkata, peratusan minat pelajar sekolah untuk menyambung pengajian STEM amat membimbangkan.

“Statistik terkini mendapati hanya 15.2 peratus atau 62,250 daripada kira-kira 415,000 pelajar Tingkatan Tiga di seluruh negara memilih aliran Sains ketika menjejakkan kaki ke Tingkatan Empat bagi sesi 2023/2024.

“Penurunan ini turut menyumbang kepada penurunan dalam kalangan pelajar lepasan sekolah yang mengikuti jurusan STEM di peringkat pengajian tinggi,” katanya.

Penganjuran Persidangan STEM selama dua hari pada 25 hingga 26 Oktober melalui kerjasama ini merupakan pendekatan menarik untuk memperkukuhkan kefahaman guru dan pelajar dalam bidang ini.

Pelbagai aktiviti yang mengalih fokus daripada dalam bilik darjah secara formal, kepada penerokaan STEM yang berunsurkan inkuiri dan juga didik hibur telah dilaksanakan dalam persidangan ini seperti STEM4FUN, Fun Learning Toy Library (FLTL), Pengenalan Jenis Sensor dan Data Acqusition System, Eksplorasi makmal UPM serta lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok