No Image Caption

Belanjawan 2024: Beri tumpuan kepada peningkatan kemahiran bakat baru bumiputera 

AZLEENDA SAHALUDIN
13 Oct 2023 05:45pm
A
A
A

Institut pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) hendaklah memberi tumpuan kepada latihan dan peningkatan kemahiran bakat-bakat baru tempatan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi seperti ekonomi Islam, aeroangkasa dan industri kreatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, institut utama negara tidak boleh lari daripada matlamat asal penubuhannya.

“Kita harus mengambil iktibar dari pengalaman lampau yang membenarkan keterlanjuran dan kecuaian yang berlaku sehingga akhirnya merugikan agensi bumiputera,” katanya ketika Bajet Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Kata Anwar, pada tahun hadapan juga sebanyak RM1.6 bilion disediakan khusus untuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera dengan meningkatkan kapasiti dan daya saing termasuklah penyediaan pembiayaan modal teroka kepada syarikat pemula bumiputera.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok