RM150 juta disediakan kepada Jakim bagi menyelenggara dan menaik taraf prasarana institut pendidikan Islam. Kredit foto: Sinar Harian
RM150 juta disediakan kepada Jakim bagi menyelenggara dan menaik taraf prasarana institut pendidikan Islam. Kredit foto: Sinar Harian

Belanjawan 2024: RM150 juta disediakan bagi menyelenggara dan menaik taraf prasarana institut pendidikan Islam

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
13 Oct 2023 06:38pm

Sejumlah RM150 juta disediakan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menyelenggara dan menaik taraf prasarana institut pendidikan Islam antaranya sekolah agama rakyat, institut pondok berdaftar dan sekolah tahfiz.

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berkata, bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti, kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yang akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta

“Selain itu, dua buah institut pendidikan Islam akan dibina dengan kos RM220 juta iaitu Kompleks Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Jempol, Negeri Sembilan,” katanya ketika pembentangan Bajet Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah Anwar, Kerajaan Perpaduan juga memutuskan untuk mengembalikan semula geran bantuan sebanyak RM20,000 kepada semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar di bawah Jakim.

Katanya, pemberian ini diharap dapat menyokong fungsi SAR dalam melahirkan generasi baharu Islam yang seimbang ilmu duniawi dan ukhrawi mereka.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp