Ramai golongan OKU berjaya menggenggam ijazah di institut pengajian tinggi (IPT).
Ramai golongan OKU berjaya menggenggam ijazah di institut pengajian tinggi (IPT).

Belanjawan 2024: Kerajaan perlu transformasi OKU

Golongan OKU mampu berbakti kepada negara jika diberikan peranan bersesuaian

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
09 Oct 2023 04:19pm

Kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap usaha mentransformasikan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam pembentangan Belanjawan 2024 bagi memastikan kumpulan berkenaan mampu berdaya saing.

Menurut Ketua Pusat Transformasi OKU Universiti Sains Malaysia (USM)-Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Mohd Zulkifli Abdul Rahim, dengan melengkapkan mereka melalui kemahiran adalah alternatif terbaik mengurangkan beban kewangan negara.

“Mengubah OKU ke arah lebih produktif bakal menjadikan mereka salah satu kumpulan penyumbang kepada negara melalui aktiviti ekonomi.

“Apabila mereka dibekalkan dengan ilmu atau kemahiran, saya jangka sumbangan kumpulan ini lebih berkesan kepada negara pada masa hadapan,” katanya.

Tambah Mohd Zulkifli, peranan dimainkan OKU tidak boleh dipandang enteng semua pihak.

“OKU mempunyai potensi besar untuk berbakti kepada negara jika diberikan peranan sebaik mungkin menerusi kemahiran yang mereka ada.

“Melalui kemahiran ini, pembentukan disiplin dapat disuburkan bagi memastikan mereka mampu bersaing dengan individu normal, sekali gus menjadi penyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp