Pembentangan Belanjawan 2024 diadakan di Dewan Rakyat pada Jumaat. Kredit foto: Bernama
Pembentangan Belanjawan 2024 diadakan di Dewan Rakyat pada Jumaat. Kredit foto: Bernama

Belanjawan 2024: Kerajaan perkasa sektor pendidikan khas, sumbang RM180 juta

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
13 Oct 2023 06:14pm
A
A
A

Sektor pendidikan khas menerima sentuhan kewangan daripada kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM180 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 18 blok baharu pendidikan khas akan dibina dengan kos berkenaan melibatkan beberapa sekolah di utara negara ini.

“Antaranya melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Rotan, Kedah; Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Perda, Pulau Pinang dan SMK Dato’ Ali Ahmad, Perlis.

“RM30 juta disediakan untuk membekalkan peralatan sokongan pendidikan khas dan menyediakan kemudahan mesra orang kurang upaya bagi memudahkan urusan murid dan guru di sekolah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Belanjawan 2024 yang berlangsung pada Jumaat.

Dalam pada itu, Anwar menambah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi melaksanakan pendekatan holistik melibatkan semua pihak dalam membantu murid yang terkesan dengan masalah keciciran.

Ia berikutan pandemik Covid-19 lalu yang merekodkan penutupan sekolah tertinggi buat Malaysia berbanding negara serantau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok