Anwar
Anwar

Belanjawan 2024: Kerajaan peruntuk RM586 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
13 Oct 2023 05:33pm
A
A
A

Sebanyak RM586 juta diperuntukkan oleh kerajaan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi pembangunan pendidikan awal kanak-kanak.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak 10 buah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) baharu bakal dibina dengan kos RM31 juta.

Antaranya ialah di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu; Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor.

Kerajaan turut menyediakan RM20 juta bagi menaiktaraf premis pendidikan awal kanak-kanak Kemas.

“Tahun hadapan juga, 26 buah prasekolah baharu di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan dibina melibatkan kos RM82 juta.

“Ini termasuklah pembinaan bangunan prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Kadr Gedong, Simunjan, Sarawak; SK Bunut Rendang, Kuantan, Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chabau, Melaka,” katanya semasa sidang Belanjawan 2024 hari ini.

Kerajaan juga akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta dengan sasaran untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026.

Jelas Anwar, usaha itu sebagai memperkasa penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok