Kredit foto: Sumber internet
Belanjawan 2024: Projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah seluruh negara siap tahun ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah seluruh negara hampir siap sepenuhnya tahun ini.
“Tidak boleh diterima akal bahawa selama ini kita membiarkan anak-anak mengharungi alam persekolahan dengan kemudahan asas khususnya tandas yang rosak dan uzur.
“Insya-ALLAH, projek pembaikan tandas sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini juga,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada Jumaat
Beliau turut menambah, tahun hadapan, tekad yang sama juga akan diperhebat lagi dengan membaik pulih tandas-tandas awam seluruh negara.