Sepanjang pengajian, graduan IPG telah didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran. Kredit foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
Sepanjang pengajian, graduan IPG telah didedahkan dengan pelbagai kaedah pengajaran. Kredit foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Mereka dijamin penempatan di sekolah seluruh negara - Shafruddin

ROSHLAWATY MD RAIEH
25 Oct 2023 01:34pm
A
A
A

Graduan guru Institut Pendidikan Guru (IPG) hari ini pastinya melonjak kegembiraan apabila mereka akan dijamin penempatan di sekolah seluruh negara selepas berjaya menamatkan pengajian selama lima tahun di institusi berkenaan.

Jaminan itu dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Profesionalisme, Shafruddin Ali Hussin selepas Istiadat Konvokesyen IPG Kementerian Pendidikan (KPM) Kali ke-13 di Putrajaya pada Ahad.

Beliau berkata, jaminan tersebut dibuat berdasarkan kepada kelayakan mereka yang telah didedahkan dengan pelbagai aspek termasuk kompetensi dan kualiti sebagai pendidik.

“Graduan guru IPG tidak mempunyai sebarang masalah dari segi pencapaian kerana mereka telah melepasi tapisan.

“Selama tempoh lima tahun pengajian di sini, mereka telah didedahkan dengan kaedah-kaedah pengajaran bukan sahaja terkini, menggunakan teknologi digital dan sebagainya,” ujar beliau.

Sebagai bakal guru, Shafruddin berkata, graduan IPG juga ditempatkan untuk melakukan latihan pratikum iaitu belajar secara simulasi yang akan dipantau oleh pensyarah.

“Pensyarah akan membimbing mereka sepanjang latihan tersebut bagi menyesuaikan diri sebelum penempatan di sekolah-sekolah,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok