Anwar yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat
Anwar yang juga Menteri Kewangan, membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat

Belanjawan 2025: Pemerkasaan TVET

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
18 Oct 2024 06:43pm

Selaras dengan Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerajaan meningkatkan peruntukan TVET kepada RM7.5 billion ketimbang RM6.8 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 berkata, keutamaan peruntukan itu diberikan untuk meningkatkan kerjasama dengan industri; menyediakan peluang latihan untuk belia rentan termasuk dari kelompok miskin bandar, terpinggir, pedalaman dan Orang Asli serta membawa khidmat TVET bagi manfaat masyarakat.

Ujarnya lagi, kerajaan mengalu-alukan kerjasama PROTON melalui PROTON Advanced Automotive Technology Institute di Melaka yang menyumbang kurikulum, bantuan tenaga pengajar dan keperluan latihan.

Bagi menggalakkan kerjasama seumpama ini, berikut adalah senarai dikongsi Anwar dalam Belanjawan 2025.

1) Geran padanan RM50 juta disediakan untuk lebih banyak industri mengikuti Program Anak Angkat ILKA.

2) GLC akan menerajui pembangunan latihan kemahiran baharu untuk industri masing-masing seperti TNB (peralihan tenaga) dan SD Guthrie (mekanisasi dan automasi perladangan).

3) Syarikat akan diberikan potongan cukai atas peralatan dan mesin baharu yang disumbangkan kepada ILKA, politeknik atau kolej vokasional berdaftar mulai tahun taksiran 2025 hingga 2027.

4) Majikan akan diberi kebenaran untuk menggunakan sehingga 50 peratus dana HRDCorp ketimbang 30 peratus pada masa ini bagi tujuan membiayai kemudahan latihan kemahiran termasuk kos peralatan dan ubah suai fasiliti latihan.

Artikel Berkaitan:

5) Majikan yang mengambil orang kurang upaya (OKU) dan bekas banduan bekerja akan diberi insentif sebanyak RM600 sebulan selama tiga bulan di bawah seliaan PERKESO.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp