
Belanjawan 2026: 38 buah sekolah baharu akan dibina
Sebanyak 38 buah sekolah baharu akan dibina untuk memenuhi keperluan penduduk setempat menerusi peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Belanjawan 2026 yang mengangkat tema 'Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat'.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekolah-sekolah itu meliputi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) seperti:
1) SK Taman Perling 4, Johor Bahru, Johor
2) SK Bukit Siput, Segamat, Johor
3) SK Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor
4) SK Long Ghafar 2, Kota Bharu, Kelantan
5) SK Desa Damai Bentong, Pahang
6) SK Sri Apas Jaya, Tawau, Sabah
7) SK Sabandar, Tuaran, Sabah
8) SK Alam Mesra, Kota Kinabalu, Sabah
9) SK Sri Sadong, Serian, Sarawak
10) SK Alam Suria, Kuala Selangor, Selangor
11) SK Puchong Permai, Puchong, Selangor
12) SK Taman Desa (3), Rawang, Selangor
13) SMK Taman Aspira, Johor Bahru, Johor
14) SMK Laman Estuari, Johor Bahru, Johor
15) SMK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, Johor
16) SMK Bandar Putra 3, Kulai, Johor
17) SMK Cahaya Masai, Johor Bahru, Johor
18) SMK Taman Cendana, Johor Bahru, Johor
19) Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa, Johor Bahru, Johor
20) SMK Seri Pinang, Sungai Petani, Kedah
21) Kompleks Sekolah Batu Berendam, Melaka
22) SMK Rumbia, Melaka
23) Kompleks Sekolah Anjung Gapam, Jasin, Melaka
24) Kompleks Sekolah Desa Casuarina, Negeri Sembilan
25) SMK Juru, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
26) SMK Desa Wira, Padawan, Sarawak
27) SMK Eco Grandeur, Kuala Selangor, Selangor
28) SMK Kota Kemuning (2), Shah Alam, Selangor
29) SMK Cyberjaya (2), Sepang, Selangor
30) SMK Bukit Puchong, Sepang, Selangor
31) SMK Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor
32) SMK Setia Alam (2), Shah Alam, Selangor
33) Kompleks Sekolah Bukit Jalil, Kuala Lumpur
34) SMK Intan Baiduri, Kuala Lumpur
35) SMK Putrajaya Presint 17(1), Putrajaya
36) Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 6(1), Putrajaya
37) SK Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor
38) SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan
Selain itu, kata Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Hua, Perak juga akan dibina semula.
Ringkasan AI
- Sebanyak 38 buah sekolah baharu akan dibina menerusi peruntukan Belanjawan 2026
- Sekolah-sekolah ini meliputi Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
- Lokasi sekolah-sekolah baharu merangkumi pelbagai negeri di Malaysia seperti Johor, Kelantan, dan Sabah
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pembinaan sekolah-sekolah baharu ini
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram, Pahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Aik Hua, Perak juga akan dibina semula