
Suasana Dewan Rakyat ketika pembentangan Belanjawan 2026 oleh Anwar.
Belanjawan 2026: Dua sekolah pendidikan khas akan dibina
Selain guru, ibu bapa juga cekal membesarkan anak-anak orang kurang upaya (OKU).
Disebabkan itu, kerajaan akan terus membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa ini.
Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor dan SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM700 juta disediakan untuk menambahkan 35 buah blok tambahan.
Tambahan, Taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) KEMAS akan menyediakan Kelas Tunas Istimewa di setiap negeri untuk kanak-kanak mild autism.
Antaranya di:
- Tabika Komta Gong Kuin, Kuala Nerus, Terengganu
- Tabika Kerupang 3, Labuan
- Tabika FELDA Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah
Lebih menarik, setiap 150,000 pelajar OKU akan menerima elaun sebanyak RM150 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM270 juta.
Ringkasan AI
- Guru dan ibu bapa cekal membesarkan anak-anak OKU
- Kerajaan akan membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa
- SMK Pendidikan Khas Kota Damansara dan SMK Pendidikan Khas Pasir Mas diperkenalkan
- RM700 juta disediakan untuk 35 blok tambahan pendidikan khas
- Tabika KEMAS akan menyediakan Kelas Tunas Istimewa untuk kanak-kanak mild autism