Sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula sekolah daif telah siap sepenuhnya. (Gambar hiasan)
Sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula sekolah daif telah siap sepenuhnya. (Gambar hiasan)

Berita gembira buat sekolah daif

NURBAYA ABDUL REZAK
27 Nov 2023 11:40am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil beberapa langkah dan tindakan segera memperkasa pelaksanaan projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, antara tindakan segera yang dilaksanakan adalah peluasan skop projek kepada semua bangunan dan fasiliti serta penggunaan skor gred impak (skala 1 hingga 7).

"Ia bagi menentukan senarai keutamaan pelaksanaan projek penggantian bangunan atau fasiliti yang berada pada Skala 7 dan Skala 6. Itu antara langkah awal utama yang telah diambil," menurut KPM pada Isnin.

KPM memaklumkan demikian susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai prestasi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan sekolah daif bagi tahun 2022.

Menurut kementerian, setakat ini dua usaha kerajaan menunjukkan hasil positif membabitkan pembangunan semula sekolah daif.

"Sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula sekolah daif telah siap sepenuhnya, manakala 120 projek dalam pembinaan dan baki sebanyak 187 projek dalam pelbagai peringkat prabina," jelasnya.

Jelas KPM lagi, projek Pembinaan Sekolah Daif juga salah satu inisiatif Pasukan Petugas Khas Reformasi Awam (STAR) untuk menambah baik dan memantapkan proses pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah.

"Usaha ini bagi memastikan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang berkualiti.

Artikel Berkaitan:

"Berikutan itu, KPM menubuhkan Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal menyelaras isu pelaksanaan projek di pelbagai peringkat serta melaporkan status semasa projek dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani," jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok