Azman.
Azman.

Azman Adnan dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia baharu

AZLEENDA SAHALUDIN
20 Feb 2024 02:03pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pelantikan Azman Adnan sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang Baharu berkuat kuasa pada 20 Februari 2024.

KPM menerusi kenyataan akhbar berkata, Azman sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

Menurutnya, Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepinpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM).

“Dalam tempoh lebih 34 tahun perkhidmatan dalam bidang pendidikan, beliau memulakan kerjaya sebagai guru sebelum dilantik menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pengetua sekolah.

“Beliau juga pernah menjawat Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor,” katanya.

Katanya, pengalaman luas Azman di pelbagai peringkat dapat memacu pendidikan negara ke arah kecemerlangan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok