Fadhlina ketika menyampaikan ucapan di Program Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan.
Fadhlina ketika menyampaikan ucapan di Program Amanat Tahun Baharu Menteri Pendidikan.

Bermula dengan yakin: Program Kembali ke Sekolah 2026 santuni murid B40

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
09 Jan 2026 09:47am

Program Kembali ke Sekolah Tahun 2026 anjuran PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Malaysia (CKPM) dengan kerjasama MESCA terus meringankan beban kewangan murid dan warga KPM daripada golongan B40.

Selari dengan Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, program ini memperluas skop penerima kepada semua warga KPM yang memenuhi syarat, berbanding hanya ahli PUSPANITA B40 dan ibu tunggal sebelum ini.

Seramai 273 murid B40 dari empat sekolah di Pulau Tuba terpilih menerima sumbangan, termasuk pembelian kelengkapan sekolah dan pemberian baucar.

Selain itu, 156 anak warga PUSPANITA dan MESCA KPM turut menerima baucar bernilai RM100 setiap seorang.

Program ini turut mendapat sokongan rakan strategik seperti Media Prima Berhad, Yayasan Didik Negara dan Perbadanan Kota Buku dalam usaha memastikan setiap murid memulakan sesi persekolahan 2026 dengan persediaan lebih baik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Program Kembali ke Sekolah Tahun 2026 anjuran PUSPANITA dan MESCA meringankan beban warga KPM B40
  • Amanat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memperluas skop penerima program ini kepada semua warga KPM yang memenuhi syarat
  • Seramai 273 murid B40 dari Pulau Tuba terpilih menerima sumbangan kelengkapan sekolah dan baucar
  • Sejumlah 156 anak warga PUSPANITA dan MESCA KPM menerima baucar bernilai RM100
  • Program ini mendapat sokongan dari Media Prima Berhad, Yayasan Didik Negara dan Perbadanan Kota Buku
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp