Ouyang Yujing (kiri) menyampaikan replika cek kepada Mohd Foad.
Ouyang Yujing (kiri) menyampaikan replika cek kepada Mohd Foad.

Biasiswa RM65,000 buat pelajar UUM daripada Duta Besar China

SITI FATIMAH ABDULLAH
12 Mar 2024 01:30pm
A
A
A

Seramai 65 mahasiswa Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima sejumlah RM65,000 biasiswa daripada Duta Besar China.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohd Foad Sakdan berkata, biasiswa itu bertujuan membantu mahasiswa terlibat meneruskan pengajian di UUM.

"Pada masa ini, seramai 744 pelajar dari China melanjutkan pengajian di UUM yang terdiri daripada 679 pascasiswazah dan 65 sarjana muda," katanya baru-baru ini.

Replika cek disampaikan kepada Mohd Foad oleh Duta Besar Chin ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Sementara itu, Mohd Foad berkata, UUM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Ouyang Yujing bersama delegasi.

“Bagi pihak UUM, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia atas kebaikan dan kemurahan hati mereka dalam menyumbang Biasiswa Duta Besar China,” ujarnya.

Untuk rekod, biasiswa ini adalah hasil usaha pihak pengurusan SoIS untuk memulakan hubungan dengan Kedutaan China di Malaysia sejak tahun 2022.

UUM juga berhasrat mengekalkan dan mengukuhkan kerjasama dengan Kedutaan China di Malaysia yang memberi impak positif serta memupuk manfaat bersama.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok