‘Bijak Tenaga’ TNB – Sinar Bestari
Bagi mencungkil dan mengiktiraf bakat pelajar, Tenaga Nasional (TNB) bersama Sinar Bestari mengadakan pertandingan video kreatif ‘Bijak Tenaga’ TNB – Sinar Bestari bermula pada 23 Oktober sehingga 15 Disember 2023. Pengumuman pemenang akan dimaklumkan pada 10 Januari tahun hadapan.
Menurut Editor Eksekutif Gaya Hidup Sinar Bestari, Meen Tahrin, kolaborasi bersama TNB ini sangat bertepatan dengan waktunya kerana sepanjang Sinar Bestari mengadakan program jelajah ke sekolah-sekolah, dapat dilihat bakat dan kreativiti hebat pelajar dalam penghasilan video.
“Saya mengagumi idea, kreativiti dan kesungguhan pelajar menghasilkan video-video seperti yang ditugaskan kepada mereka.
“Walaupun dalam tempoh singkat iaitu lebih kurang 30 minit tetapi anak-anak ini berjaya menghasilkan video menarik.
“Saya berasakan pertandingan ini pastinya mendapat sambutan daripada para pelajar untuk menghasilkan video terbaik di samping mendapat ganjaran wang tunai keseluruhan berjumlah RM26,000,” katanya.
Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Tiga kumpulan akan menerima sagu hati RM1,000. Semua peserta akan menerima sijil penyertaan.
“Tip untuk menang cukup mudah, pelajar hanya perlu menghasilkan video secara kreatif mengikut tema dikehendaki iaitu ‘Bijak Tenaga’ dan kongsikan di laman TikTok.
“Video hendaklah berdurasi dua hingga tiga minit sahaja.
“Selainnya jangan lupa tanda pagar #TNBSinarBestari, #kempenbijaktenaga serta ikuti akaun TikTok @tenaga_nasional dan @SinarBestarimy,” jelas Meen lagi.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh ke portal sinarbestari.sinarharian.com.my atau Hotline Sinar Bestari di 019-232 9032 (WhatsApp sahaja).
Untuk rujukan terhadap tema boleh layari mytnb.com.my.