Murid SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota teruja menjuarai Pertandingan Video Kreatif Bijak Tenaga TNB-Sinar Bestari kategori sekolah rendah, pada Isnin.
Murid SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota teruja menjuarai Pertandingan Video Kreatif Bijak Tenaga TNB-Sinar Bestari kategori sekolah rendah, pada Isnin.

SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota dan SM Sung Siew diumum juara video kreatif

Pertandingan video TNB-Sinar Bestari capai matlamat

16 Jan 2024 01:49pm

Pertandingan Video Kreatif Bijak Tenaga TNB-Sinar Bestari mencapai matlamatnya apabila berjaya mengubah cara penggunaan elektrik pelajar sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak, Cikgu Rohana Mohamed berkata, muridnya kini menggunakan elektrik di sekolah secara berhemah.

“Melalui pertandingan ini mereka semakin tahu cara untuk berjimat. Contohnya, jika ada aktiviti Pendidikan Jasmani di luar kelas, mereka akan pastikan lampu dan kipas kelas tertutup.

“Pertandingan sebegini perlu diteruskan kerana dapat mencungkil bakat terpendam dalam kalangan pelajar. Kadang-kadang di dalam kelas mereka diam tetapi tidak sangka ada yang mempunyai kebolehan lain,” katanya.

Cikgu Rohana
Cikgu Rohana

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif Bijak Tenaga TNB-Sinar Bestari di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Komunikasi Luaran, Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Datin Ruslinda Ibrahim dan Editor Eksekutif Gaya Hidup Sinar Harian, Meen Tahrin.

SK Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan, Perak dinobatkan sebagai juara bagi kategori sekolah rendah dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, diikuti SK Pandan Indah, Kuala Lumpur di tempat kedua yang menerima RM3,000 dan SK Putrajaya Presint 11 mendapat tempat ketiga serta berjaya meraih RM2,000.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Sekolah Menengah (SM) Sung Siew (CF) Sandakan, Sabah menjuarai kategori sekolah menengah, manakala tempat kedua dimenangi Kolej Vokasional Batu Lanchang, Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senai, Johor mendapat tempat ketiga.

SM Sung Siew (CF) dinobat pemenang tempat pertama kategori sekolah menengah bagi pertandingan tersebut.
SM Sung Siew (CF) dinobat pemenang tempat pertama kategori sekolah menengah bagi pertandingan tersebut.

Pertandingan itu merupakan kolaborasi antara Sinar Bestari bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan berlangsung pada 23 Oktober sehingga 15 Disember 2023.

Guru Sekolah Menengah (SM) Sung Siew (CF) Sandakan, Sabah, Cikgu Usniati Mohd Umar berkata, idea untuk menghasilkan video diberikan sepenuhnya oleh pelajar dan beliau hanya membantu dalam proses pembikinannya.

“Saya bangga dengan pelajar. Saya dapat lihat usaha dan kerjasama mereka dalam menghasilkan video ini.

“Semasa menghasilkan video, saya dapat lihat banyak perkara baharu mengenai penjimatan elektrik dapat mereka pelajari dan gunakan dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Cikgu Usniati
Cikgu Usniati



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp