Bagi sebahagian keluarga, keputusan ini membawa senyuman dan rasa syukur yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagi yang masih belum berjaya, ia pula menjadi titik muhasabah dan permulaan kepada laluan pendidikan yang berbeza, namun tidak kurang nilainya.
Bagi sebahagian keluarga, keputusan ini membawa senyuman dan rasa syukur yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Bagi yang masih belum berjaya, ia pula menjadi titik muhasabah dan permulaan kepada laluan pendidikan yang berbeza, namun tidak kurang nilainya.

Bukan sekadar tawaran: Detik penentuan ribuan impian pelajar

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
26 Dec 2025 01:57pm

Detik menekan butang 'semak keputusan' bukanlah saat biasa bagi ribuan pelajar dan ibu bapa di seluruh negara. Ia hadir bersama debaran, harapan dan doa yang dipanjatkan sejak sekian lama.

Momen itulah yang disentuh oleh mantan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi satu hantaran di Facebook, apabila memaklumkan bahawa ibu bapa dan pelajar kini boleh mula menyemak tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi sesi 2026.

Bagi sebahagian keluarga, keputusan ini membawa senyuman dan rasa syukur yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bagi yang masih belum berjaya, ia pula menjadi titik muhasabah dan permulaan kepada laluan pendidikan yang berbeza, namun tidak kurang nilainya.

Hakikatnya, setiap keputusan membuka cerita dan perjalanan tersendiri buat seorang anak yang sedang membina masa depan.

Dalam perkongsian itu, Mohd Radzi turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya melangkah ke institusi pendidikan berprestij seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Pada masa sama, beliau mengingatkan bahawa kejayaan bukan hanya terletak pada nama sekolah, tetapi pada usaha, disiplin dan keazaman pelajar untuk terus belajar dan berkembang.

Harapan ibu bapa, amanah pendidikan

Artikel Berkaitan:

Di sebalik setiap keputusan yang dipaparkan di skrin, tersimpan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah putus berdoa dan menyokong anak-anak mereka.

Ada yang sanggup berulang-alik menghantar anak ke kelas tambahan, ada yang mengetepikan keperluan sendiri demi memastikan anak mendapat pendidikan terbaik.

Bagi pelajar pula, tawaran ini bukan noktah kejayaan, sebaliknya amanah besar untuk dimanfaatkan sebaik mungkin. Mereka bukan sekadar membawa nama diri, tetapi juga harapan keluarga dan kepercayaan masyarakat.

Seperti yang sering ditekankan, laluan pendidikan tidak pernah satu hala. Sama ada berjaya atau sebaliknya dalam permohonan kali ini, setiap pelajar tetap memiliki ruang dan peluang untuk cemerlang dengan cara masing-masing.

Yang penting, semangat untuk terus berusaha tidak pernah pudar!

Ringkasan AI

  • Detik menekan butang 'semak keputusan' membawa debaran bagi ribuan pelajar dan ibu bapa
  • Mantan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin umumkan pelajar boleh semak tawaran kemasukan ke MRSM bagi sesi 2026
  • Keputusan kemasukan membawa reaksi bercampur bagi keluarga, ada yang bersyukur dan ada yang muhasabah
  • Mohd Radzi ucap tahniah kepada pelajar yang berjaya ke institusi pendidikan seperti MRSM, SBP, dan SMKA
  • Pentingnya usaha, disiplin, dan keazaman pelajar untuk berkembang, tidak sekadar nama sekolah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp