Photo 3
Photo 3

Bulan Sabit Merah Malaysia agih coklat untuk sekolah terpilih hingga buat murid-murid ceria dan gembira!

Roshlawaty Md Raieh
18 Feb 2022 06:02pm
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menerima sejumlah 455 kotak coklat “Kinder Bueno White” sumbangan Ferrero, Itali untuk diagih-agihkan kepada sekolah sekitar Hulu Langat, Selangor yang dilanda banjir baru-baru ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Hakim Hamzah berkata, sesi agihan telah dilaksanakan kepada sekolah-sekolah yang baru memulakan sesi persekolahan.

“Sebanyak empat buah sekolah telah menerima kotak coklat ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Serai, SK Dusun Nanding, Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding dan Sekolah Tahfiz Integrasi Raudoh Quran Sg Serai. Serta telah diagihkan ke beberapa kawasan di Pahang yang terlibat banjir seperti di Bentong, Temerloh dan Pekan.

“Semoga pemberian coklat ini, dapat menyuntik semangat dan memberi keceriaan kepada murid-murid mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan BSSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah berkata, hadiah coklat itu pastinya akan membawa keceriaan dan sangat membantu dalam menyokong program community resilience BSMM di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

“Pemberian coklat ini pastinya akan mendorong dan memotivasikan anak-anak untuk kembali semula ke sekolah mereka,” ujarnya.

Baca juga

“Cikgu tak kaya tapi cikgu akan usahakan cari dana untuk penuhi keinginan anak murid. Mohon doakan ya”

“Saya sanggup tolong datang mengecat cikgu, demi murid-murid sekolah kita walaupun tiada upah cikgu.” – Ngatiman

Terdahulu, Tunku Puteri Intan Safinaz menerima sumbangan coklat daripada Duta Besar Itali ke Malaysia, H.E. Massimo Rustico dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU), H.E, Michalis Rokas di Ibu Pejabat Kebangsaan, pada Rabu.

H.E. Massimo mengambil inisiatif untuk menyumbang kepada mangsa banjir di Malaysia setelah melihat situasi tersebut, Disember lalu.

“Sebanyak 80,080 coklat Kinder Bueno White diagihkan BSMM kepada sekolah yang terlibat.

“Dengan pemberian ini, diharapkan guru dan murid-murid gembira dan dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan baik,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, Tunku Puteri Intan Safinaz mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ferrero, Kedutaan Itali dan rakan-rakan kongsi EU atas sumbangan mereka dan bersyukur atas kerjasama yang diberikan mereka kepada BSSM untuk membantu memberi keceriaan kepada kanak-kanak yang terjejas banjir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok