Cikgu Fadli
Cikgu Fadli

Cadang ahli akademik pimpin sistem pendidikan - Cikgu Fadli

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
24 Sep 2024 10:01am

Kerajaan dicadangkan melantik individu yang mempunyai latar belakang dalam bidang akademik untuk memimpin sistem pendidikan di negara ini.

Bekas guru, Mohd Fadli Mohamed Salleh berkata, ia berikutan setiap kali kerajaan berubah menyebabkan pelantikan menteri juga bertukar sekali gus menyebabkan sistem berkenaan menjadi tidak stabil.

“Keluarkan sistem pendidikan daripada kerangka politik negara. Jangan lantik orang politik memimpin sistem pendidikan. Biarlah ahli akademik yang memimpin, baru teratur elok perjalanannya.

“Ini setiap kali kerajaan berubah, setiap kali jugalah menteri bertukar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kekal dimansuhkan dan tidak dikembalikan semula setakat ini.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih kekal dengan keputusan terdahulu yang memansuhkannya pada 2022.

Mengulas lanjut, Mohd Fadli yang mesra dengan panggilan Cikgu Fadli memaklumkan, setiap menteri baharu itu akan membawa perubahan mengikut acuan masing-masing.

Dakwanya, ia sebagai bukti untuk menunjukkan tugas dan pembaharuan dilaksanakan, maka satu dasar baharu dilakukan untuk dikenang apabila mereka meninggalkan jawatan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Itulah punca sistem pendidikan jadi carca marba seperti hari ini,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp