Hannah ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hannah ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cadangan pembayaran elaun pelajar jalani latihan industri sektor swasta dibawa ke kabinet

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
16 Feb 2023 12:41pm
A
A
A

Cadangan mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta seperti yang dilaksanakan sektor awam akan dibawa ke kabinet untuk perbincangan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu berbincang mengenai kelebihan dan kekurangan dalam memperluaskan pelaksanaan cadangan itu kepada sektor swasta.

“Buat masa ini kerajaan tidak mewajibkan mana-mana syarikat swasta untuk membayar elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri.

“Bagaimanapun kerajaan amat menggalakkan syarikat swasta mencontohi kerajaan dalam melaksanakan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri,” ujarnya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hannah ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Hannah ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada masa ini, Hannah menjelaskan, kementerian mengambil maklum pelaksanaan cadangan itu adalah tidak sesuai kerana kebanyakan syarikat swasta masih dalam proses pemulihan pasca Covid-19.

Beliau menjelaskan, langkah mewajibkan pembayaran elaun oleh sektor swasta ketika syarikat berada dalam tempoh pemulihan ini juga boleh menyebabkan kekurangan peluang kepada belia menjalani latihan industri.

“Sebagai contoh, berdasarkan data yang saya ada di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semasa pandemik Covid-19 pada 2020, 81 orang (pelajar) memohon (untuk latihan industri) tetapi kita hanya boleh terima 19 orang kerana tertakluk kepada kewangan sedia ada.

Artikel Berkaitan:

“Pada 2021, 85 orang memohon untuk buat latihan industri tetapi disebabkan kekangan kewangan kita hanya boleh terima 47 orang, ia bermaksud kalau tidak diwajibkan pembayaran (elaun) kemungkinan besar syarikat atau agensi boleh beri peluang kepada semua untuk berlatih (latihan industri),” katanya. -Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok