Gambar hiasan.

Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Calon SPM 2022 tidak layak dapat sijil boleh ambil semula peperiksaan ulangan subjek yang gagal

AZLEENDA SAHALUDIN
15 Jun 2023 04:59pm
A
A
A

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang tidak layak mendapat sijil supaya mengambil semula peperiksaan bagi subjek yang gagal untuk memperbaiki keputusan mereka.

Beliau berkata, calon yang gagal mendapat sijil tidak perlu bimbang kerana boleh mengambil semula peperiksaan pada bila-bila masa.

“Jangan bimbang kalau tidak layak, boleh ambil SPM ulangan pada bila-bila masa. Jadi jangan hendak noktahkan kegagalan di situ dan yang tidak layak dibesar-besarkan.

“SPM ini ada ulangan dan mereka boleh ambil untuk baiki sijil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan calon yang tidak layak mendapat sijil SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata secara keseluruhan keputusan SPM 2022 merekodkan peningkatan apabila jumlah layak dapat sijil meningkat kepada 91.6 peratus

“Peratus layak dapat sijil itu adalah yang terbaik dan buat julung kalinya melebihi 90 peratus. Cuma 8.4 peratus yang tidak layak dapat sijil,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti laporan penuh dan akan berkongsi angka sebenar ketidakhadiran pelajar ketika peperiksaan SPM 2022.

Artikel Berkaitan:

“Sedang diperincikan sebab ramai hendak tahu kenapa mereka tidak hadir.

“Sebab setiap negeri tidak sama alasan. Kita hendak pergi lebih terperinci lagi tentang ini mengikut isu-isu di setiap negeri,” katanya. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok