Dapatkan subsidi tadika bulanan RM50, mohon Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sekarang
Dapatkan subsidi tadika bulanan RM50, mohon Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sekarang

Dapatkan subsidi tadika bulanan RM50, mohon Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) sekarang

Rasyidah Zulkifi
16 Mar 2022 01:22pm
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan permohonan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 2022 anjuran Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah dibuka, semalam.

Dalam satu kenyataan, sumbangan berbentuk subsidi tersebut akan diberikan secara bulanan kepada setiap ahli yang layak.

“Program ini bertujuan meringankan beban ibu-bapa membayar yuran Tadika anak-anak mereka.

“Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan bantuan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak,” katanya.

Baca juga

Kanak-kanak tadika berhenti sekolah akibat kekangan wang, MAIWP tampil membantu

ePrasekolah: Permohonan kemasukan bermula hari ini

Difahamkan, pemberian tersebut akan disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Perpaduan Negara (JPN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman sesawang https://tunas.yawas.my/ kemudian e-mel borang tersebut berserta dokumen sokongan ke pendaftarantunas@gmail.com .

Syarat permohonan dan lampiran dokumen yang diperlukan

Syarat-syaratnya termasuk pemohon mestilah warganegara Malaysia, ibu ATAU bapa lahir dan sedang menetap di Selangor, anak yang lahir dan tinggal di Selangor ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah minima lima tahun.

Selain itu, calon perlu mendapatkan pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Penghulu / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

Ibu bapa kanak-kanak pula mesti mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah, bekerja atau tidak bekerja dan mempunyai anak yang berumur lima dan enam tahun yang belajar di Tadika berdaftar sahaja.

Lampiran dokumen yang diperlukan adalah muat turun borang permohonan dalam talian, salinan sijil lahir / Mykid anak, MyKad ibu bapa, salinan perakuan anak angkat / sijil kematian / cerai (jika perlu).

Turut sertakan, salinan slip gaji / surat akuan pengesahan pendapatan sekiranya ibu bapa tidak bekerja (dapatkan cop dan pengesahan terlebih dahulu).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Bagi pemohon yang bukan kelahiran Selangor, dokumen tambahan yang perlu dilampirkan termasuk salinan bil air / elektrik / TM / Astro / muka depan buku merah ibu berserta cop pengesahan bermastautin (bagi permohonan kali pertama).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-mel ke yawas@gmail.com atau hubungi di talian 03-5481 8800 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok