E7298F89-B720-4BC9-B5A1-7B50A790F3C8
E7298F89-B720-4BC9-B5A1-7B50A790F3C8

Kanak-kanak tadika berhenti sekolah akibat kekangan wang, MAIWP tampil membantu

Rasyidah Zulkifi
11 Mar 2022 08:33am
A
A
A

Kesusahan yang dialami oleh sebuah keluarga telah memaksa mereka menamatkan sesi pembelajaran anak yang bersekolah di peringkat tadika.

Walaupun yuran tidak begitu tinggi, sepasang suami isteri itu masih tidak mampu menampung yuran anak mereka.

Azzhary dan isteri mempunyai wang tetapi cukup untuk kelangsungan hidup sahaja.

Baca juga

5,000 pelajar asnaf dapat tablet percuma, RM9.3 juta dana MAIWP

Tebus bantuan persekolahan MAIWP dengan aplikasi Boost bermula 28 Februari

Kesusahan mereka bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020, apabila isterinya diberhentikan kerja.

Kemudian, keadaan bertambah sukar apabila Azzhary juga kehilangan pekerjaan baru-baru ini selepas bengkel percetakan tempatnya bekerja dahulu terpaksa ditutup akibat isu kewangan, sebulan yang lepas.

Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan (MAIWP) menyedari kesusahan yang dihadapi keluarga Azzhary, jadi mereka akan dibantu melalui beberapa saluran zakat yang telah disumbangkan.

 

MAIWP menghantar keperluan asas kepada keluarga Azzhary.

Berita menggembirakan, anak Azzhary juga berpeluang menyambung semula sesi persekolahan di tadika sebelum ini seperti kanak-kanak sebayanya dengan dana MAIWP.

Pun begitu, Azzhary masih berusaha mencari pekerjaan baru walaupun mengakui timbul rasa bimbang di benak hatinya andai tidak diterima bekerja dari mana-mana syarikat kerana umurnya yang semakin meningkat.

Namun, itu bukan penghalang kerana mereka sekeluarga sememangnya memerlukan pekerjaan tetap dan pendapatan bulanan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok