Kemudahan sesi PdP akan bermula 28 hingga 30 Oktober ini (Isnin hingga Rabu) dan juga pada 1 November (Jumaat), maklum KPT.
Kemudahan sesi PdP akan bermula 28 hingga 30 Oktober ini (Isnin hingga Rabu) dan juga pada 1 November (Jumaat), maklum KPT.

Deepavali: Pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu akan jalani PdP dalam talian, hibrid

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
26 Oct 2024 10:35pm

Sempena perayaan Deepavali yang akan disambut Khamis depan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di seluruh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang merangkumi universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

KPT dalam kenyataan media pada Sabtu memaklumkan, kemudahan sesi PdP itu akan bermula 28 hingga 30 Oktober ini (Isnin hingga Rabu) dan juga pada 1 November (Jumaat).

"Pelaksanaan bertujuan memudahkan urusan pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing-masing.

"Selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu," ujar KPT.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp