Untitled
Untitled

Demi keselesaan pelajar, guru ini ikhlas berbelanja besar demi hias pusat tuisyen

webadmin
13 Jan 2022 04:46pm
A
A
A

Walaupun terpaksa berbelanja besar dalam menghias pusat tuisyen, guru dikenali Mohd Badrul Azhar Zulkapli ini ikhlas melakukannya asalkan pelajar terus bersemangat untuk belajar di situ.

Difahamkan, hampir RM10,000 digunakan Cikgu Mohd Badrul Azhar dalam menghias pusat tuisyennya yang terletak di Taman Seri Telawi, Seremban, Negeri Sembilan.

Memilih tema flora dan fauna, Cikgu Mohd Badrul Azhar berkata, apa yang dilakukan itu adalah untuk mengubah persepsi sesetengah pelajar yang beranggapan pusat tuisyen tempat yang membosankan.

“Saya sudah mengajar lebih 10 pusat tuisyen di sekitar daerah Seremban yang kesemuanya hanya ‘ditemani’ papan putih, kerusi dan meja.

“Kerana itu, terdetik dalam hati mahu menampilkan satu kelainan di pusat tuisyen ini agar pelajar berasa seronok.

“Mengenai pemilihan tema flora dan fauna ini pula, saya memilih kerana melihat dekorasinya yang dapat menyegarkan pelajar,” katanya.

Baca juga Pelajar UIAM dan City University menang pertandingan Asia Young Designer Awards Ke-14, bakal wakili negara ke peringkat antarabangsa

Baca juga Tidak tahan tinggal di rumah seperti ‘tempat pembinaan’, pelajar jurusan undang-undang berjaya saman tuan rumah

Cikgu Mohd Badrul Azhar memberitahu, dari segi psikologi warna hijau dapat membantu menaikkan mood seseorang dan memberi suasana tenang.

“Bila suasana tenang, guru nak mengajar pun selesa dan pelajar juga dapat menerima ilmu yang dikongsi dengan mudah,” jelasnya dengan menambah terdapat ibu bapa yang datang ke sini memberi pandangan bahawa berada di pusat tuisyen ini seperti berada di butik pengantin.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Sementara itu, seorang pelajar, Juwana Batrisya Adilah Sheh Ashwadi mengakui tidak pernah melihat pusat tuisyen dihias sebegitu cantik sekali.

“Pertama kali datang tuisyen di sini, saya tidak sangka dekorasinya meriah dengan hiasan pokok dan bunga plastik.

“Bagus juga jika terdapat lagi banyak pusat tuisyen yang dihias cantik seperti ini. Sekurang-kurangnya semangat untuk belajar sentiasa kekal,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok