Murid-murid Sekolah Rendah Islam Hidayah mengalunkan Qunut Nazilah pada majlis tersebut.
Murid-murid Sekolah Rendah Islam Hidayah mengalunkan Qunut Nazilah pada majlis tersebut.

Demi Palestin: Warga sekolah, PIBG hulur sumbangan

NURBAYA ABDUL REZAK
15 Dec 2023 02:42pm
A
A
A

Sekolah Rendah Islam Hidayah baru-baru ini, melaksanakan Majlis Penyerahan Cek Cura Tabung Bantuan Palestin iaitu sumbangan terkumpul pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Hidayah kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad, MyCare Ikram Musleh.

Tabung Kemanusiaan Palestin anjuran bersama Kelab MyCare dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Hidayah serta Pertubuhan Ikram Johor Bahru Utara itu adalah sebagai bantuan kemanusiaan bagi membantu rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada guru pembimbing Kelab MyCare, Ustazah Norhayati Othman

Seterusnya, ceramah Solidariti Palestin disampaikan oleh Pengurus Kelab MyCare Musleh, Ustaz Rofazlin Jusoh, selaku Pengurus Kelab MyCare Musleh.

Dalam perkongsian itu, Rofazlin meminta kepada semua murid dan para guru agar bersama-sama merasai pengorbanan serta perjuangan penduduk Palestin.

"Kita juga mahu murid-murid bukan sekadar menghayati perjuangan warga Palestin, malah perlu mengekalkan momentum dalam menghulurkan bantuan serta cakna dengan isu peperangan melalui pelbagai sudut," tegasnya.

Rofazlin (dua dari kiri) dan Afidah (dua dari kanan) bergambar bersama bendera Palestin.
Rofazlin (dua dari kiri) dan Afidah (dua dari kanan) bergambar bersama bendera Palestin.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, majlis diteruskan lagi dengan agenda utama iaitu penyerahan cek cura Tabung Palestin kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad, MyCare Ikram Musleh.

Sumbangan kutipan dalam kalangan ahli PIBG sebanyak RM22,350 disampaikan oleh Bendahari PIBG, Afidah Aman kepada Rofazlin, diikuti kutipan pihak sekolah sebanyak RM15,000.

Sebagai usaha menanamkan semangat perjuangan dan cintakan tanah air, pihak PIBG mengusahakan penanaman dua batang pokok zaitun dalam kawasan sekolah ini sebagai simbolik ketabahan serta perjuangan warga Gaza.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok