Sukarelawan yang terdiri dalam kalangan ibu bapa memberi sumbangan makanan kepada pelajar SPM SMK SUBEST.
Sukarelawan yang terdiri dalam kalangan ibu bapa memberi sumbangan makanan kepada pelajar SPM SMK SUBEST.

RM40,000 hasil sumbangan ibu bapa, infaq makanan pelajar SPM

AZLEENDA SAHALUDIN
21 Feb 2024 08:00am
A
A
A

Sejumlah RM40,000 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan ikhlas ibu bapa pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari (SUBEST) Selangor sebagai inisiatif Infaq Makanan SPM.

Inisiatif ini telah digerakkan oleh kumpulan Permuafakatan Ibu Bapa Tingkatakn Lima yang telah memberi manfaat kepada 470 calon SPM 2023 daripada 14 buah kelas sekolah berkenaan.

Menurut Pengerusi kumpulan tersebut, Mohamad Adnan Itam, inisiatif penyediaan makanan untuk pelajar SPM di SMK SUBEST adalah merupakan amalan tradisi dengan kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019.

“Sokongan dan kerjasama daripada pentadbiran sekolah terhadap usaha infaq makanan ini memberi impak yang bermakna buat semua pelajar yang sedang menduduki peperiksaan besar.

“Besar harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

No Image Caption



Infaq Makanan SPM ini telah bermula sejak pertengahan Disember tahun lalu hingga akhir Januari 2024 yang menyediakan makanan dan minuman bagi sarapan serta makan tengah hari kepada semua calon SPM.

Selain itu, pelajar-pelajar turut dibekalkan dengan makanan sunnah seperti air zam-zam, kismis dan kurma serta biskut sebagai kudapan.

Artikel Berkaitan:

“Banyak sama dilapah, sikit sama dicecah, inisiatif ini menunjukkan semangat kebersamaan dan keprihatinan ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Tingkatan Lima dalam menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki untuk menyediakan makanan kepada bukan sahaja anak mereka sendiri.

“Malah dapat memberi makan kepada anak-anak yang lain termasuk asnaf dan yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menikmati makanan bersama-sama,” ujarnya.

No Image Caption

Ibu bapa juga tidak perlu risau akan makanan anak-anak di sekolah sepanjang SPM berlangsung dan tidak perlu menyediakan wang saku serta beratur untuk membeli kerana semua makanan disediakan secara percuma dan diagihkan pada setiap sesi rehat antara kertas peperiksaan yang diduduki.

Usaha ini membantu para pelajar untuk lebih fokus dan tenang sepanjang hari peperiksaan mereka.

Dalam pada itu, ibu bapa turut menyantuni para pelajar dengan menjadi sukarelawan di sekolah secara bergilir untuk agihan makanan sepanjang 28 hari peperiksaan berlangsung sejak daripada minggu amali sehingga hari terakhir peperiksaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok