Gambar hiasan.
Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Dibuli pelajar senior, atlet takraw sekolah menengah alami kecederaan tisu

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
27 Jul 2023 02:24pm
A
A
A

Isu buli dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini bagaikan tiada penghujugnya sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Terbaharu, seorang pelajar lelaki Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Ipoh, Perak dipercayai telah menjadi mangsa buli senior Tingkatan Lima sehingga mengalami kecederaan pada bahagian kiri muka.

Menurut portal tempatan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa tersebut telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas mengalami kecederaan tisu lembut akibat dipukul senior terbabit.

“Sehingga kini, polis telah merakamkan percakapan tiga orang saksi yang terdiri daripada pengetua sekolah dan pelajar lain bagi membantu siasatan kes ini.

“Kertas siasatan kes di bawah Syeksen 323 Kanun Keseksaan (dengan sengaja menyebabkan cedera) akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

Sebelum ini, Yahaya Hassan turut memaklumkan, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada ibu mangsa yang mendakwa anaknya telah dibuli oleh seorang pelajar berusia 17 tahun di asrama sekolah berkenaan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal kejadian buli melibatkan pelajar terbabit telah berlaku beberapa kali.

“Mangsa dikenali pasti berasal dari Kuala Lumpur, manakala pelajar yang membuli mangsa berasal dari Ipoh.

Artikel Berkaitan:

“Murid senior terbabit masih bersekolah namun telah diarahkan supaya tidak menetap di asrama sementara menunggu siasatan dalaman pihak sekolah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, media juga melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah telah mengesahkan berlakunya kejadian buli membabitkan dua pelajar lelaki di sebuah sekolah di Gunung Rapat, Perak pada Isnin lalu.

Katanya, kejadian berkenaan melibatkan mangsa iaitu pelajar Tingkatan Tiga dengan Tingkatan Lima yang mana kedua-dua mereka merupakan atlet sepak takraw.

Menurutnya berdasarkan maklumat awal, mangsa telah ditendang dan dipijak oleh senior terbabit sehingga mendatangkan kecederaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok