Sistem kuota Bumiputera sedia ada bagi program matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas. Foto: Facebook University College MAIWP International
Sistem kuota Bumiputera sedia ada bagi program matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas. Foto: Facebook University College MAIWP International

Dijamin masuk matrikulasi atau program KPT

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Jul 2024 04:31pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyaring jumlah pelajar cemerlang 10A yang telah membuat permohonan ke program matrikulasi KPM atau program melalui UPUOnline oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA).

KPM dalam kenyataan media memaklumkan, kerjasama itu bagi membolehkan mereka yang tidak mendapat tempat diselaras semula tawaran berdasarkan kepada pilihan program pelajar.

“Tawaran tempat dan jurusan adalah bergantung kepada kelayakan calon dan kekosongan program matrikulasi KPM manakala KPT akan fokus kepada kemasukan program asasi dan diploma di universiti awam.

“Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan daripada keluarga B40 mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian,” ujar KPM pada Isnin.

Mengulas lanjut, KPM menjelaskan, sistem kuota Bumiputera sedia ada bagi program matrikulasi KPM kekal dan tidak terjejas.

Jelasnya, kerajaan Madani komited memastikan akses pendidikan dapat dipertingkatkan demi manfaat semua pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara.

Sebelum itu, kerajaan bertegas mempertahankan kuota Bumiputera dan Melayu sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153 serta jaminan masa depan bumiputera Melayu agar tidak berlaku kesenjangan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok