Peserta dan guru-guru pengiring serta rakan kolaborasi bergambar sebagai kenangan di Vlog Battle 2026 @Alamanda Shopping Centre, Putrajaya. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Peserta dan guru-guru pengiring serta rakan kolaborasi bergambar sebagai kenangan di Vlog Battle 2026 @Alamanda Shopping Centre, Putrajaya. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dua jam, satu Vlog, seribu emosi!

Suasana pagi di Alamanda Shopping Centre, Wilayah Persekutuan Putrajaya terasa berbeza apabila 10 kumpulan pelajar sekolah berbincang antara satu sama lain dengan guru pengiring.

Tugas masing-masing adalah untuk menyediakan video berdurasi dua hingga tiga minit mempromosikan pusat beli-belah yang berubah wajah.

Kedengaran suara keras mula berbincang ‘shot’ menarik, ada yang tertawa kecil mencuba skrip baharu dan tidak kurang juga dengan penambahan idea daripada guru-guru.

Tempoh dua jam yang diperuntukkan terasa begitu singkat, setiap detik menjadi debaran buat para peserta untuk menyusun dan menyunting video.

Apabila masa diperuntukkan hampir tamat, peserta mula berasa tertekan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Apabila masa diperuntukkan hampir tamat, peserta mula berasa tertekan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

Bukan sekadar pertandingan, Vlog Battle 2026 @Alamanda Shopping Centre sebenarnya merakam pelbagai emosi gementar, teruja, penat dan bangga dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Momen ini bukan sekadar promosi pusat beli-belah tetapi turut memahat kenangan manis zaman persekolahan masing-masing.

Di sinilah kreativiti bertemu keberanian dan pelajar membuktikan mereka mampu menyerlah di luar bilik darjah!

Artikel Berkaitan:

Peserta dan guru pengiring berbincang tentang idea pembikinan Vlog sebelum membuat rakaman. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Peserta dan guru pengiring berbincang tentang idea pembikinan Vlog sebelum membuat rakaman. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

Senarai sekolah terlibat

1. Sekolah Kebangsaan A (SK) Abdul Samat (The Tremendous Trio)

2. SK Abdul Samat B (The Fantastic Crew)

3. SK Taman Klang Utama (Utama TV)

4. SK Puchong Indah (Ohsem Studio)

5. SK Bandar Seri Putra (TV PSS Seputra)

Guru pengiring juga menjadi jurukamera untuk merakam peserta. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Guru pengiring juga menjadi jurukamera untuk merakam peserta. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah (Lensa Citra)

7. SMK Seri Kembangan (Team SKRIANS)

8. SMK Subang (TV PSS SMK Subang)

9. SMK Seksyen 19 (Studio G19)

10. SK Putrajaya Presint 11(2)

Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari, Meen Tahrin (kanan) dan Pengurus, Perhubungan Awam & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi selaku juri sedang mengira markah. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

REAKSI

1) "Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pelajar untuk menghasilkan video ini dengan tujuan mengasah bakat dan kreativiti mereka. Segala pengalaman yang diperoleh sepanjang proses berkenaan adalah hasil usaha dan pembelajaran mereka sendiri." - Guru SMK Seksyen 19, Muhamad Nur Azizan Wahid, 31.

2) "Ia merupakan kali pertama sekolah kami menyertai pertandingan seumpama ini dan sudah tentu menjadi kenangan yang sangat bermakna buat para pelajar. Saya berharap mereka terus mendalami ilmu berkaitan penghasilan video serta tidak mudah berputus asa dalam mengejar minat dan impian." - Guru SMK Seksyen 19, Yusnaili Yusof, 42.

Muhamad Nur Azizan dan Yusnaili
Muhamad Nur Azizan dan Yusnaili

3) "Saya sudah beberapa kali menyertai pertandingan seperti ini, tetapi pengalaman di sini (Alamanda Shopping Centre) paling menyeronokkan. Saya banyak belajar perkara baharu dan turut berpeluang menambah kenalan serta rakan dari sekolah lain." - Murid SK Puchong Indah, Aina Irdina Halim, 11.

4) "Sangat teruja kerana inilah peluang terbaik untuk saya mengasah bakat dalam bidang komunikasi dan menghasilkan video yang kreatif serta bermutu. Program ini benar-benar meningkatkan keyakinan diri saya." - Murid SK Putrajaya Presint 11(2), Mujahid Afeef Mohd Ariff, 12.

Aina Irdina dan Mujahid Afeef
Aina Irdina dan Mujahid Afeef

Ringkasan AI

  • Suasana pagi di Alamanda Shopping Centre Putrajaya diisi dengan 10 kumpulan pelajar sekolah berbincang mempromosikan pusat beli-belah tersebut melalui video
  • Masa yang diperuntukkan untuk menyusun dan menyunting video adalah dua jam
  • Vlog Battle 2026 diadakan bukan sekadar pertandingan tetapi juga sebagai rekaman emosi dan pengalaman berharga zaman persekolahan
  • Ini merupakan kali pertama bagi beberapa sekolah dan pelajar menyertai pertandingan seperti ini, meninggalkan kesan mendalam dan pembelajaran baru
  • Guru dan pelajar sama-sama melihat pengalaman ini sebagai peluang mengasah bakat, kreativiti serta meningkatkan keyakinan diri dalam penghasilan video
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp