Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf, Airol Fadley Limin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Sherina sebagai tanda terima kasih rakan kolaborasi. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Pengurus Besar Pengiklanan Sinar Karangkraf, Airol Fadley Limin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Sherina sebagai tanda terima kasih rakan kolaborasi. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

Alamanda Shopping Centre, pusat aktiviti serba lengkap

Hiburan, riadah dan santai boleh dinikmati dalam satu lokasi

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
02 Feb 2026 11:02am

Bukan sekadar destinasi beli-belah, Alamanda Shopping Centre di Putrajaya kini semakin dikenali sebagai lokasi pilihan keluarga untuk meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

Gabungan penyewa baharu dan lama yang menawarkan pelbagai pilihan jenama dengan pengalaman berbeza, pusat beli-belah itu tampil merancakkan lagi suasana untuk pengunjung pelbagai lapisan usia.

Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi berkata, kemudahan mesra keluarga yang tersedia juga menjadikan lokasi itu serba lengkap.

Katanya, pengunjung bukan sahaja datang untuk membeli-belah, malah mereka boleh beriadah, bersantai dan mencipta momen bersama.

"Daripada gelanggang boling, pawagam dan karaoke sehinggalah ke Escape Putrajaya. Dalam satu ruang ini, kanak-kanak, remaja dan ibu bapa boleh menemukan aktiviti pilihan.

Sherina. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR
Sherina. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID & ASRIL ASWANDI SHUKOR

"Jadi, di Alamanda Shopping Centre inilah masa berkualiti yang diluangkan lebih bermakna untuk seisi keluarga," katanya selepas memberi pelepasan kepada peserta Vlog Battle Alamanda 2026 beraksi.

Seiring perubahan trend gaya hidup, pihak pusat beli-belah itu turut komited menaik taraf fasiliti dan membawa masuk lebih banyak jenama dan acara yang relevan dengan kehendak semasa.

Artikel Berkaitan:

Kata Sherina lagi, usaha berterusan ini bukan sahaja menyuntik nafas baharu, malah memastikan ia kekal sebagai hab komuniti yang hidup dan dinamik.

No Image Caption

"Visi Alamanda jelas iaitu setiap langkah yang diatur ke sini perlu menghadirkan pengalaman segar buat pengunjung.

"Bermula daripada menjamu selera, membeli-belah hinggalah beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan, semuanya boleh dinikmati di bawah satu bumbung.

"Di sinilah kebersamaan dirai dan kenangan indah tercipta, hari demi hari," ujarnya lagi.

 

 

Ringkasan AI

  • Alamanda Shopping Centre di Putrajaya kini dikenali sebagai lokasi pilihan keluarga untuk meluangkan masa berkualiti
  • Menawarkan pelbagai pilihan jenama dan pengalaman dengan adanya penyewa baharu dan lama
  • Mesra keluarga dengan kemudahan seperti gelanggang boling, pawagam, karaoke, dan Escape Putrajaya
  • Berterusan menaik taraf fasiliti dan membawa lebih banyak jenama serta acara yang relevan dengan kehendak semasa
  • Berfungsi sebagai hab komuniti yang hidup dan dinamik, menyuntik nafas baharu dan memastikan pengalaman segar untuk setiap pengunjung
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp