Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.55 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' dijalankan di lokasi kejadian. Kredit foto: JBPM Kedah.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 7.55 pagi dan kerja-kerja 'overhaul' dijalankan di lokasi kejadian. Kredit foto: JBPM Kedah.

Dua unit bilik asrama SMK Kuala Nerang terbakar

19 Jun 2024 12:23pm

Dua unit bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, Kedah musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba, Aminuddin Khozali berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira 7.30 pagi itu, tidak melibatkan mangsa.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.37 pagi dan sebaik tiba di lokasi mendapati, berlaku kebakaran pada struktur asrama sekolah yang melibatkan satu bilik penyimpanan barang dan satu bilik air di tingkat tiga.

"Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan dua pancutan dari jentera BBP Kuala Nerang dan BBP Pokok Sena. Anggaran kemusnahan kedua-dua unit bilik berkenaan adalah 90 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, api dapat dikawal pada pukul 7.55 pagi dan operasi pemadaman lanjut sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa api kebakaran. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp