Tangkap layar sedutan video ketika sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi pada Rabu.
Tangkap layar sedutan video ketika sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi pada Rabu.

e-Tunai Belia Rahmah akan diagihkan mulai bulan depan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
25 May 2023 05:25pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bayaran e-Tunai Belia Rahmah akan mula diagihkan kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 20 tahun mulai bulan depan.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan secara berseloroh memberi peringatan kepada golongan belia untuk tidak mudah mempercayai maklumat-maklumat yang disiarkan di aplikasi TikTok tentang pembayaran yang didakwa akan diberikan pada bulan lalu.

“Jika Menteri Kewangan mengatakan akan memberi bantuan tersebut maka ia adalah perkara yang betul namun sekiranya terdapat siaran di TikTok, anda perlulah menyiasat dan periksa terlebih dahulu.

“Saya juga ingin menjawab soalan yang menanyakan tentang tarikh pengagihan e-Tunai Belia Rahmat, insya-ALLAH bulan Jun kita akan agihkan,” ujarnya seperti dipetik dalam satu hantaran video yang tular di Twitter pada sesi soal jawab Santai Petang dan Dialog bersama Perdana Menteri di Dewan Gunung Mat Chinchang, Kolej Vokasional Langkawi pada Rabu.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat 24 Februari lalu telah menyatakan kerajaan akan memberikan kredit e-Tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Bayaran tersebut yang akan diberikan dalam bentuk e-wallet meliputi peruntukan sebanyak RM400 juta.

Justeru itu, buat semua mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) dalam lingkungan usia yang dinyatakan, jangan lupa untuk dapatkan bantuan yang disediakan kerajaan ini agar dapat meringankan sedikit beban kewangan yang dihadapi.

Sinar Bestari juga ingin mengingatkan agar bantuan tersebut digunakan dengan bijak dan tidak terlalu boros dalam berbelanja.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp