Kah Woh (tengah) bergambar dengan peserta Eksplorasi Merdeka JPWPKL.
Kah Woh (tengah) bergambar dengan peserta Eksplorasi Merdeka JPWPKL.

Eksplorasi Merdeka JPWPKL meriahkan bulan kebangsaan

29 Aug 2024 05:21pm

Bagi menyemarakkan sambutan bulan kebangsaan, Program Eksplorasi Merdeka JPWPKL @Muzium yang diadakan pada tahun lepas kembali dilangsungkan di Dataran Muzium Negara, hari ini.

Program itu diadakan dengan tujuan menerapkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan rakyat Malaysia sekali gus memupuk semangat patriotisme memandangkan pelaksanaannya bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos 2024.

Ia juga bertujuan mengupayakan potensi guru-guru dalam menghasilkan satu bentuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) kreatif dan inovatif yang bermakna berdasarkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) bagi menarik minat murid terhadap PdP serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui kegiatan riadah serta sukan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) serta Jabatan Muzium Malaysia (JMM) atas kerjasama erat dalam menjayakan program itu.

“Kita berharap anak-anak kita, tidak kira bangsa, agama, atau latar belakang, kita boleh memperlihatkan semangat perpaduan yang sebenar,” kata beliau.

Seramai 1,200 orang peserta dari 400 buah sekolah bawah Kementerian Pelajaran Malaysian (KPM) dari seluruh Malaysia datang untuk memeriahkan program itu.

Guru dan murid berpakaian mengikut tema 'Kostum Kerjaya'.
Guru dan murid berpakaian mengikut tema 'Kostum Kerjaya'.

Guru dan pelajar di program itu hadir dengan pakaian mengikut tema “Kostum Kerjaya” iaitu uniform ataupun kostum yang menggambarkan sesuatu pekerjaan.

Artikel Berkaitan:

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti senam tari, larian sejauh 2.4 kilometer, Eksplorasi WoW TVET, Eksplorasi STEM dan Eksplorasi English di sekitar kawasan Taman Botani Perdana serta Dataran Muzium Negara itu.

Aktiviti senam tari.
Aktiviti senam tari.

Selain itu, para peserta juga akan berpeluang untuk meneroka empat buah muzium iaitu Muzium Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu, Muzium Seni Kraf Orang Asli dan Galeri Muzik serta Pameran Raja Kita bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang dibuka bermula 26 Julai hingga 29 September 2024.

Peserta di garis permulaan 'brisk walking'.
Peserta di garis permulaan 'brisk walking'.



Aktiviti 'brisk walking'.
Aktiviti 'brisk walking'.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp