No Image Caption

Guru boleh nikmati 20 peratus pembelian buku secara pukal, tanpa had di Karangkraf

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
02 Sep 2023 05:50am
A
A
A

Bukan sahaja dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, Karnival Pendidikan Sinar Bestari juga turut menawarkan jualan buku secara pukal kepada para guru bagi kegunaan sekolah. Ketua Pegawai Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, guru boleh membuat pembelian menerusi pesanan tempatan atau local order (LO) yang mana dengan cara tersebut mereka dapat menikmati diskaun sebanyak 20 peratus.

No Image Caption

“Para guru boleh membeli sebanyak mana buku yang dimahukan tanpa mengira apa jua genre termasuk al-Quran. Menariknya diskaun yang diberikan adalah tetap sama. “Guru hanya perlu datang ke karnival dan satu katalog akan diberikan. Kemudian mereka hanya perlu isikan sahaja maklumat yang diminta. “Jika ada guru yang datang dari lokasi yang jauh, pihak Kumpulan Karangkraf (Karangkraf) ada menyediakan khidmat pos ke sekolah dan sedikit caj dikenakan,” katanya pada Jumaat. Beliau berkata demikian semasa ditemui semasa Jualan Gudang Karangkraf yang berlangsung mulai 31 Ogos hingga 10 September sementara Karnival Pendidikan Bestari mulai 8 hingga 10 September.

No Image Caption

Beliau juga berharap, inisiatif ini akan mendapat sambutan lebih rancak daripada warga pendidik berbanding sebelumnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok