dr-radzi-jidin
dr-radzi-jidin

Guru kontrak perkhidmatan isi 2,400 pengambilan guru 'one-off’

Adlan Farhan Azwan
13 May 2022 11:09am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,400 daripada 18,702 pengambilan guru secara one-off akan diisi oleh guru kontrak perkhidmatan (COS) yang bakal tamat kontrak Jun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, tawaran kepada calon yang berjaya dalam pengisian jawatan berkenaan akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebelum hujung bulan ini.

"Kementerian Pendidikan (KPM) baru mendapat maklumat terkini daripada SPP berkaitan pengisian ini. Insya-ALLAH tawaran kepada calon yang berjaya akan dibuat SPP sebelum 31 Mei 2022," katanya menerusi hantaran video di laman Facebook rasminya, baru-baru ini.

Baca juga

Guru Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam tidak cukup – Mohd Radzi

KPM kawal ketagihan game, larang bawa telefon bimbit ke sekolah

Mengenai status terkini pengambilan guru secara one-off itu, Radzi berkata, sehingga kini (11 Mei 2022), KPM telah menempatkan seramai 13,770 guru di sekolah seluruh negara.

Mohd Radzi juga sempat memberi ucapan tahniah kepada calon yang berjaya dan menasihati mereka agar memberikan khidmat yang terbaik dalam mendidik anak murid di sekolah.

Sementara itu, beliau berkata, baki lebih 2,500 perjawatan itu akan diisi oleh guru yang mengajar mata pelajaran yang sukar mendapat bekalan guru daripada pasaran termasuk Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual serta mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sebelum ini, media melaporkan bahawa KPM bersama SPP dalam proses mengambil tindakan wajar berhubung isu membabitkan COS yang bakal tamat kontrak Jun ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok