TIMB-KPM-SINARBESTARI-2022 (1)
TIMB-KPM-SINARBESTARI-2022 (1)

Hui Ying mahu bantu naik taraf pendidikan negara

nadzarul.amirnadzarul.amir
13 Dec 2022 11:49am

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying bertekad membantu dan memberi kerjasama kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menaik taraf sistem pendidikan di negara ini.

Ahli Parlimen Tanjong itu berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan warga KPM untuk mencapai matlamat tersebut.

"Ini merupakan hari pertama saya clock-in dan saya pun tidak akan ulas banyak tetapi akan memberi kerjasama kepada menteri dalam menaik taraf pendidikan di negara kita.

"Saya juga rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana yakin dengan saya untuk memegang jawatan ini,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di KPM Blok E8, Kompleks E, di Putrajaya.

Hui Ying akan memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan warga KPM dalam menaik taraf sistem pendidikan di negara ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

Hui Ying yang mengimbas kad perakam waktu kira-kira pada 8.25 pagi turut meluangkan masa bersama warga KPM.

Beliau merupakan anak kepada pemimpin veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Kit Siang.

Artikel berkaitan

Fadhlina Sidek mula tugas secara rasmi di KPM

Lim Hui Ying dilantik Timbalan Menteri Pendidikan

KPM mampu gubal dasar ke arah era baharu pendidikan negara – Fadhlina Sidek


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp