Ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi dan memantau anak-anak terutamanya yang masih kecil ketika bermain mercun atau bunga api.
Ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi dan memantau anak-anak terutamanya yang masih kecil ketika bermain mercun atau bunga api.

Ibu bapa perlu lebih peka awasi anak-anak main mercun 

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
17 Apr 2023 08:33pm

Mercun dan bunga api sememangnya sinonim bagi apa juga sambutan perayaan di negara ini. Tidak kiralah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina ataupun Deepavali, masyarakat pasti akan memeriahkan suasana dengan dentuman mercun dan juga cahaya daripada bunga api.

Saban tahun juga pasti ada mangsa-mangsa yang putus jari, melecur badan dan tidak kurang yang putus tangan akibat daripada mercun buatan sendiri.

Melihat kepada situasi ini, ibu bapa dinasihatkan agar mengawasi dan memantau anak-anak terutamanya yang masih kecil ketika bermain mercun atau bunga api sepanjang tempoh perayaan kelak.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Aiman Athirah Sabu, ibu bapa perlu lebih peka dan cakna agar tidak mengabaikan anak-anak dan turut menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2021 sekiranya berlaku pengabaian.

“Kita pastinya tidak mahu suasana perayaan berakhir dengan kesedihan.

Artikel Berkaitan:


“Justeru, anak-anak sepatutnya sentiasa dipantau serta tidak terlepas daripada pandangan. Sekiranya berlaku, jika di peringkat kementerian boleh ditafsikan sebagai pengabaian.

“Kita juga berharap ibu bapa lebih peka dan sekiranya pengabaian jelas berlaku khususnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2021, kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” ujarnya selepas merasmikan Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri 2023 anjuran Yayasan Petronas, baru-baru ini.

Tambahnya, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), pengabaian sehingga menyebabkan kematian di negara ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 200 peratus pada 2021 yang melibatkan 24 kes dan 74 kes pada tahun 2022.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp