Ini ringkasan biodata Pkharuddin yang kini dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Roshlawaty Md Raieh
01 Oct 2022 02:02pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan ke-19, berkuat kuasa 23 September lalu.

Pkharuddin, 59, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum) menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai.

Pkharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Ogos 1989.

Sepanjang tempoh 33 tahun dalam perkhidmatan, Pkharuddin telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM.

Antaranya, Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

Beliau juga pernah menjawat Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan; Ketua Sektor Jaminan Kualiti; Timbalan Pengarah; Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan.

Sementara itu, KPM dalam kenyataannya memberitahu, Pkharuddin diyakini dapat menerajui perkhidmatan pendidikan dan meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pendidikan.

INFO

Senarai Ketua Pengarah

1) DH Christie (1960)

2) Aminuddin Baki (1961 – 1965)

3) Tun Hamdan Sheikh Tahir (1966 – 1976)

4) Tan Sri Murad Mohamed Noor (1976 – 1985)

5) Tan Sri Datuk Panglima Dr Abdul Rahman Arshad (1985 -1991)

6) Tan Sri Dr Asiah Abu Samah (1991 – 1993)

7) Tan Sri Datuk Dr Wan Zahid Mohd Noordin (1993 – 1997)

8) Datuk Matnor Daim (1997)

9) Tan Sri Datuk Sri Abdul Shukor Abdullah (1998 – 2001)

10) Tan Sri Abdul Rafie Mahat (2001 – 2005)

11) Datuk Dr Ahmad Sipon (2005 – 2007)

12) Tan Sri Datuk Alimuddin Mat Dom (2007 – 2010)

13) Tan Sri Datuk Alimuddin Mat Dom (2007 – 2010)

14) Tan Sri Abd Ghafar Mahmud (2010 – 2012)

15) Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof (2013 – 2017)

16) Datuk Dr Amin Senin (2017 – 2019)

17) Datuk Dr Habibah Abdul Rahim (2020 -2021)

18) Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid (2021 – 2022)

Sumber: Portal KPM

Artikel berkaitan

KPM perkasa pelantar DELIMa 2.0, gabung 3 aspek penting untuk pembelajaran menyeronokkan

“Jangan bagi staf kita gementar”, kaedah pentadbir berperanan besar jadikan guru selesa semasa pencerapan

3 kaedah memujuk murid yang boleh cikgu cuba, diakui sangat mudah dilakukan!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok