7B00ABBF-93A5-4E2E-A381-303A3A3595F6
7B00ABBF-93A5-4E2E-A381-303A3A3595F6

Inisiatif bawa peranti anda sendiri (BYOD) bawa kebaikan kepada guru dan anak murid

Rasyidah Zulkifi
11 Feb 2022 08:28pm
A
A
A

Pendidikan secara dalam talian (online) dan pengetahuan asas teknologi maklumat (ICT) seperti komputer bukan lagi perkara baru bagi para guru.

Justeru, seiring dengan kemajuan dan perkembangan masa kini, para guru sudah mula bergiat menjadikan internet dan peranti pintar sebagai medium pengajaran di sekolah.

Baca lagi:

150,000 peranti di bawah Tabung Cerdik selesai diagih – Radzi

8,000 peranti untuk pelajar di Johor diedar bermula September

Inisiatif bawa peranti anda sendiri (BYOD) merupakan satu konsep yang boleh diketengahkan oleh warga pendidik dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kerana ia dilihat membawa kebaikan kepada guru-guru dan anak murid.

Menurut guru ICT, Kaviventhan Punyanathan, konsep BYOD mampu menjadikan sesi PdPc lebih berkesan.

“Konsep BYOD ini memang menambahbaik kefahaman murid, PdPc pun jadi lebih berkesan dan murid ditaksir dengan mudah dan cepat.

“Sekarang ini kita perlu sentiasa mentaksir murid dan memasukkan blending PdP, jadi dengan BYOD memang senang,” katanya.

Blending PdP atau blended learning adalah kaedah pembelajaran teradun yang menggabungkan cara mengajar secara bersemuka atau tidak bersemuka dengan menggunakan perantara yang sesuai untuk menghasilkan PdPc yang berkesan.

Pada masa sama, katanya, melalui pelaksanaan inisiatif tersebut di sekolah, membolehkan cikgu memberikan tugasan yang melibatkan teknologi kepada anak murid, jadi mereka dapat ditaksir oleh cikgu dalam waktu singkat.

“Seterusnya, BYOD ini memberikan akses kepada informasi terbaru dan merangsang pemikiran kreatif dan inovatif.

“Kita tahu ‘problem-based-learning’ sangat terkenal sekarang jadi cikgu bolehlah berikan apa-apa masalah agar murid dapat berfikir dalam kumpulan untuk mereka hasilkan solusi yang kreatif dan inovatif.

“Secara konklusi, saya syorkan konsep BYOD boleh diamalkan di sekolah,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Beliau berkata demikian ketika menjadi penceramah jemputan pada sesi webinar pengurusan pendidikan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok