Institusi pendidikan terjejas akibat banjir dan dijadikan PPS akan bermula setelah sedia beroperasi - KPM

Adlan Farhan Azwan
04 Jan 2022 01:06pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan Kementerian Pengajian (KPM) yang terjejas akibat banjir dan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hanya akan dibuka sekiranya sedia untuk beroperasi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KPM semalam, terdapat 18 institusi pendidikan melibatkan 16 sekolah menengah dan dua sekolah rendah yang dinaiki air, 87 masih dijadikan PPS dan lapan masih belum bersedia untuk beroperasi.

“KPM akan terus memantau dan mengemas kini pada setiap hari Rabu senarai institusi pendidikan yang yang dilanda banjir atau dijadikan sebagai PPS.

BACA JUGA: 5 lokasi UiTM Shah Alam dijadikan PPS

BACA JUGA: 70 sukarelawan dari Kelantan ke Temerloh bantu mangsa banjir

“Perubahan senarai yang dikeluarkan oleh KPM adalah tertakluk kepada situasi semasa banjir.

“Mungkin terdapat pertambahan atau pengurangan bilangan institusi pada setiap minggu,” menurut kenyataan itu.

Senarai ini boleh diakses melalui laman sesawang KPM https://www.moe.gov.my/.

KPM juga memaklumkan bagi institusi pendidikan yang telah selesai dibersihkan dan bersedia untuk kembali beroperasi, pengoperasian institusi pendidikan ini akan bermula pada hari Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Institusi pendidikan bawah KPM adalah merujuk kepada sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru. Ia juga terpakai kepada sekolah swasta yang berdaftar bawah KPM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok