269854921_4804891679565495_6524873856282055969_n
269854921_4804891679565495_6524873856282055969_n

70 sukarelawan dari Kelantan ke Temerloh bantu mangsa banjir

Adlan Farhan Azwan
01 Jan 2022 03:20pm
A
A
A

KOTA BHARU - 70 sukarelawan dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sertai Misi Bantuan Banjir UMK di Temerloh bagi meringankan beban mangsa yang terjejas akibat banjir.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Razli Che Razak, objektif utama misi kali ini adalah bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir, selain mengenal pasti pelajar UMK yang terjejas di kawasan sekitar yang dilanda bencana banjir.

"Melalui misi bantuan ini, sekurang-kurangnya kita dapat bantu meringankan beban dan menenangkan keadaan pelajar yang terjejas dengan kehadiran sukarelawan UMK.

"Selain itu, sumbangan wang tunai dan kotak makanan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-UMK Prihatin turut disumbangkan kepada enam pelajar terjejas banjir.

"Misi ini turut mendapat kerjasama anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Suksis), Sukarelawan Siswa Siswi Koreksional (Siskor), Pasukan Latihan Simpanan (Tentera Laut), Pasukan Briged Gayong Malaysia dan sukarelawan pelajar," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

BACA JUGA: 40 sukarelawan UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub redah selut, lumpur bantu mangsa banjir

BACA JUGA: Politeknik Merlimau salur bantuan kepada mangsa banjir

Sebelum itu, beliau sempat menyempurnakan Misi Bantuan Banjir UMK-MAYC Daerah Angkat KPT ke Pahang, di Pusat Hentian Rehat (RNR), Gua Musang.

Turut hadir, Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Mohd Syahbuddin Hashim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas; Pengarah Pusat Ko-Kurikulum UMK, Profesor Madya Ts Dr Muhamad Saufi Che Rusuli dan Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Mohd Ramdan Shafian.

Dalam pada itu,, Muhamad Saufi turut memberitahu, misi bantuan berkenaan bermula di dua lokasi iaitu di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab dan Perumahan Makmur Karak Setia Idaman Lakeview, Bentong.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Misi berkenaan turut disertai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Husaini Omar bersama pasukan dari KPT. - Sinar Harian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok