JAIS
JAIS

JAIS setuju beri kelonggaran pemakaian sukan warga sekolah

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
21 Mar 2024 11:10am

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersetuju memberi kebenaran khas pemakaian pakaian sukan kepada pelajar dan guru sekolah susulan cuaca panas masa kini.

Antara sekolah itu adalah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dan Prasekolah Jais.

Manakala, bagi Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (KAFAI) pula dibenarkan untuk memakai kemeja T sukan berkolar berwarna cerah dan sopan serta berseluar panjang bagi murid lelaki.

Kemeja T sukan berlengan panjang atau baju Muslimah berwarna cerah, sopan serta menutup aurat dan berseluar panjang atau berkain longgar bagi murid perempuan.

JAIS dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran itu diberikan setelah mengambil kira faktor cuaca yang tidak menentu bagi menjamin keselesaan dan keselamatan murid untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

“Bagi semua guru dan anggota pelaksana dibenarkan memakai pakaian sukan yang sopan dan menutup aurat.

“Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga perlu sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera bagi menjamin kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta warga sekolah,” katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp